Perkara 97
Article 97
Dasar pentadbiran perkhidmatan ini berasaskan kesederhanaan sistem, kepantasan dalam memproses tugasan dan kecekapan para pentadbir.
The policy of the administration of services is based on simplicity of the system, speed in processing tasks and competence of the administrators.
Ini diambil daripada sifat pemprosesan perkhidmatan, kerana orang yang memerlukan sesuatu perkhidmatan perlu mendapatkannya dengan segera dan cekap diproses. Rasulullah ﷺ bersabda.
This is taken from the nature of processing the services, for the person who requires a service needs to have it quickly and efficiently processed. The Messenger of Allah (pbuh) said.
. إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَ تَ لْ تُمْ فَأَحْسِ نُوا الْقِتْ لَةَ، وَإِذَا « »... ذَبَحْ تُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ .
. إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَ تَ لْ تُمْ فَأَحْسِ نُوا الْقِتْ لَةَ، وَإِذَا « »... ذَبَحْ تُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ .
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan Ihsan (kecekapan, kesempurnaan) dalam segala perkara. Maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan cara yang baik; dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara yang baik...” (diriwayatkan oleh Muslim daripada Shaddad b. Aws). Oleh itu, kesempurnaan dalam melaksanakan sesuatu perbuatan diperintahkan oleh Shari’ah. Untuk mencapai hal ini, pentadbiran hendaklah memelihara tiga sifat. Pertama: kesederhanaan sistem yang akan membawa kepada kemudahan dalam pemprosesan, manakala kerumitan akan membawa kepada kesusahan. Kedua: kepantasan dalam memproses urusan transaksi yang akan menjauhkan orang ramai daripada kelewatan yang tidak perlu. Ketiga: keupayaan dan kecekapan para pekerja. Ini diperlukan untuk menyempurnakan prestasi dan hasil sesuatu tugas.