Artikel 15
Article 15
Sarana kepada yang haram itu diharamkan jika ia kemungkinan besar akan membawa kepada yang haram. Tetapi jika terdapat keraguan bahawa sesuatu sarana itu mungkin membawa kepada yang haram, maka sarana tersebut tidak diharamkan.
The means to Haram (unlawful) are forbidden if they most likely lead to Haram. But if there is a doubt that a means might lead to Haram, then this means will not be forbidden.
Bukti dalam artikel ini tercermin dalam firman Allah (SWT)
The evidence of this article is reflected in Allah’s (swt) saying

“Dan janganlah kamu memaki sesembahan-sesembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan.” (TMQ 6:108). Menghina orang-orang kafir adalah dibolehkan, dan Allah (SWT) sendiri telah menghina mereka di dalam al-Quran. Namun, jika penghinaan ini membawa kepada kemungkinan besar orang-orang kafir akan menghina Allah (SWT), maka ia menjadi haram. Ini kerana menghina Allah (SWT) tidak dibenarkan dan diharamkan dengan larangan yang paling keras. Demikianlah kaedah syariah, “sarana kepada sesuatu yang haram juga haram”, telah difahami. Walau bagaimanapun, sarana menjadi haram apabila ia sangat mungkin membawa kepada sesuatu yang haram, kerana larangan menghina berhala mereka adalah disebabkan ia menjadi punca yang membawa kepada penghinaan terhadap Allah (SWT), sebagaimana dibuktikan dengan penggunaan huruf “fa” (kerana, sebab) yang menunjukkan sebab-akibat dalam ayat tersebut. Sekiranya tidak sangat mungkin bahawa Allah (SWT) akan dihina disebabkan penghinaan terhadap berhala mereka, seperti kebarangkalian kuat (ghalabat al-zann) yang disyaratkan dalam mana-mana hukum syariah, nescaya huruf “fa” yang menunjukkan sebab itu tidak akan digunakan untuk menunjukkan larangan tersebut. Oleh itu, jika sarana tidak dipertimbangkan pada kebarangkalian kuat untuk membawa kepada haram, tetapi hanya dikhuatiri ia mungkin membawa kepada haram, seperti seorang wanita keluar tanpa menutup muka yang dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah, maka sarana dalam kes ini bukanlah haram, kerana kekhuatiran semata-mata bahawa ia mungkin membawa kepada haram tidak cukup untuk mewajibkan larangan. Selain itu, fitnah itu sendiri tidak diharamkan ke atas wanita tersebut. Inilah dalil bagi artikel ini.