Perkara 55
Article 55
Gabenor tidak wajib memaklumkan kepada Khalifah tentang apa yang telah dilaksanakannya dalam lingkungan kuasa yang diberi kepadanya. Jika timbul masalah baharu yang tiada duluan (preseden), dia wajib memaklumkan kepada Khalifah terlebih dahulu tentangnya, dan kemudian dia meneruskan tindakan mengikut arahan Khalifah. Jika dia takut masalah itu akan bertambah teruk sekiranya ditangguhkan, dia melaksanakan tindakan itu dan kemudian mesti memaklumkan kepada Khalifah kemudian hari tentang sebab dia tidak memaklumkannya terlebih dahulu.
The governor is not obliged to inform the Khalifah of what he has carried out within his authorised command. If a new problem arises which has no precedent, he has to inform the Khalifah about it first, and he then proceeds according to the instructions of the Khalifah. If he was afraid that the problem would be exacerbated if delayed, he carries out the action and then must inform the Khalifah later on about the reason for not informing him beforehand.
Buktinya ialah bahawa Nabi (ﷺ) memberi kuasa kepada gabenor-gabenornya dan tidak meminta mereka memaklumkan kepada baginda tentang tindakan yang mereka lakukan, dan mereka juga tidak biasa melaporkan kepada baginda tentang apa-apa perkara. Sebaliknya, mereka melaksanakan tindakan mereka dengan kebebasan sepenuhnya, masing-masing memerintah dalam kepimpinannya dengan pendapatnya sendiri; inilah cara Mu’adh, dan ‘Attab bin Asid, Al-‘Ala’ b. Al-Hadrami, dan semua gabenor Rasulullah (ﷺ) – yang menunjukkan bahawa gabenor tidak perlu memaklumkan kepada Khalifah apa-apa tentang tindakannya. Dan dalam hal ini, beliau berbeza daripada pembantu, kerana pembantu wajib memaklumkan kepada Khalifah setiap tindakan yang dilakukannya, manakala tidak wajib ke atas gabenor untuk memaklumkan kepada Khalifah apa-apa pun tentang tindakannya.