Perkara 70
Article 70
Jabatan Keselamatan Dalaman bertanggungjawab ke atas segala perkara yang berkaitan dengan keselamatan, dan mencegah apa sahaja yang mengancam keselamatan dalaman. Ia melindungi keselamatan negeri melalui polis, dan tidak menggunakan Tentera kecuali atas perintah Khalifah. Ketua jabatan ini dinamakan (Pengurus Keselamatan Dalaman). Jabatan ini mempunyai cawangan di wilayah-wilayah, dan setiap satu daripadanya dinamakan (Bahagian Keselamatan Dalaman), manakala ketua bahagian tersebut dinamakan Ketua Polis, Sahib Al-Shurtah, di wilayah itu.
The Department of Internal Security is responsible for everything related to security, and prevents anything that threatens the internal security. It protects the security of the land through the police, and does not resort to the Army except by the order of the Khalifah. The head of this department is called the (Manager of Internal Security). This department has branches in the provinces, each of which is called (Section of Internal Ssecurity) and the head of the section is called the Police Chief, Sahib Al-Shurtah, in the province.
Jabatan Keselamatan Dalaman bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan dalaman dan diketuai oleh pengurus keselamatan dalaman. Jabatan ini akan mempunyai cawangan di setiap wilayah yang dinamakan bahagian keselamatan dalaman, yang akan diketuai oleh Ketua Polis di wilayah tersebut, yang akan berada di bawah tanggungjawab gabenor dari segi pelaksanaan. Beliau akan mengikuti Jabatan Keselamatan Dalaman dari segi pentadbiran; perkara yang akan diatur oleh undang-undang khas.