Artikel 27
Article 27
Jika Khilafah dikontrakkan kepada seorang individu melalui baiah daripada mereka yang sah untuk dijadikan pihak kontrak, maka baiah selebihnya daripada rakyat ialah baiah ketaatan dan bukan baiah kontrak; dan oleh itu, sesiapa yang dilihat berpotensi untuk memberontak dipaksa untuk memberikan baiah.
If the Khilafah is contracted to an individual by the pledge of those it is valid to be contracted with, the pledge of the remainder of the people is a pledge upon obedience and not a pledge of contracting; and so, any one who is seen to have the potential of rebellion is forced to give the pledge.
Dalil bagi perkara ini ialah apa yang berlaku dalam bai'ah Khulafa' Rasyidin yang empat, kerana ia merupakan Ijma' para sahabat. Dalam bai'ah Abu Bakar (ra), golongan yang berkuasa dan berpengaruh (Ahl Al-Hal wal-‘Aqd) di Madinah sahaja sudah mencukupi, dan begitu juga keadaannya dalam bai'ah Umar (ra). Dalam bai'ah 'Uthman (ra), memadai dengan mengambil pendapat kaum Muslimin di Madinah dan mengambil bai'ah daripada mereka. Manakala dalam bai'ah 'Ali (ra), bai'ah daripada majoriti penduduk Madinah dan Kufah sudah mencukupi. Semua ini menunjukkan bahawa tidak wajib seluruh kaum Muslimin memberikan bai'ah untuk menegakkan Khilafah; sebaliknya bai'ah daripada kebanyakan wakil mereka sudah memadai. Adapun selebihnya, jika mereka memberikan bai'ah, maka bai'ah mereka itu ialah ketaatan.