Perkara 65
Article 65
Khalifah ialah Panglima Tentera, dan dialah yang melantik Ketua Staf Am, seorang jeneral bagi setiap briged, dan seorang komander bagi setiap divisyen. Pangkat-pangkat lain dalam Tentera dilantik oleh brigadier dan komander. Pelantikan seseorang dalam Staf Am dilakukan mengikut tahap kepakarannya dalam bidang ketenteraan, dan ia dijalankan oleh Ketua Staf Am.
The Khalifah is the Commander of the Army and he appoints the Chief of General Staff, a general for each brigade, and a commander for every division. The remaining ranks in the Army are appointed by the brigadiers and commanders. The appointment of a person in the General Staff is according to his level of military expertise and is carried out by the Chief of General Staff.
Khalifah ialah pemimpin umum bagi seluruh umat Islam di dunia ini, bertujuan untuk menegakkan hukum-hukum Shari'ah dan menyampaikan Islam kepada seluruh manusia yang lain. Kaedah utama untuk menyampaikan Islam ke seluruh dunia ialah Jihad, maka adalah wajib baginya untuk melaksanakan Jihad, memandangkan akad Khalifah itu dipikulkan ke atasnya secara peribadi, dan oleh itu tidak dibenarkan bagi sesiapa pun yang lain untuk melaksanakannya. Oleh yang demikian, pengurusan isu Jihad adalah khusus bagi Khalifah dan tidak dibenarkan bagi sesiapa pun yang lain untuk melaksanakannya. Walaupun setiap Muslim melaksanakan Jihad, melaksanakan Jihad dan mengurus Jihad adalah dua perkara yang berbeza. Jihad diwajibkan ke atas setiap Muslim, tetapi pengurusan Jihad hanya untuk Khalifah sahaja, dan bukan untuk orang lain. Khalifah boleh melantik seseorang untuk melaksanakan bagi pihaknya apa yang telah diwajibkan ke atasnya selagi orang itu berada di bawah pemerhatian dan pengawasannya, manakala tidak dibenarkan untuk memberikan kebebasan mutlak kepadanya tanpa pemantauan dan pengawasan Khalifah. Pemantauan yang dilaksanakan oleh Khalifah di sini tidak sama seperti jenis laporan yang diberikan oleh pembantu kepadanya; sebaliknya, orang yang telah diwakilkan itu kekal berada di bawah perintah dan pengawasan langsung Khalifah. Kepimpinan Tentera boleh diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan syarat mereka berada di bawah kawalan Khalifah dan pengawasan langsungnya. Tidak dibenarkan baginya melantik seseorang tanpa mengekalkan pengawasan dan kawalan langsung ke atas orang itu, yang mestilah bukan sekadar simbolik. Ini kerana akad Khilafah dipikulkan ke atasnya secara peribadi, maka wajib baginya untuk menguruskan urusan Jihad. Oleh itu, apa yang dinyatakan dalam sistem bukan Islam lain bahawa Ketua Negara ialah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera, dan kepimpinan ini bersifat simbolik manakala seorang panglima bebas dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera, dianggap tidak sah menurut pandangan Islam, dan merupakan sesuatu yang tidak dipersetujui oleh Syariah. Sebaliknya, Syariah mewajibkan supaya Khalifah menjadi Panglima Tentera yang sebenar.