Artikel 74
Article 74
Jabatan Perindustrian bertanggungjawab ke atas semua urusan yang berkaitan dengan industri, sama ada industri berat seperti pembuatan enjin, mesin, kenderaan, bahan dan peralatan elektrik, atau industri ringan. Begitu juga, sama ada kilang-kilang itu jenis harta awam atau termasuk dalam harta persendirian dan mempunyai hubungan dengan industri ketenteraan. Semua jenis kilang mesti ditubuhkan atas asas dasar ketenteraan.
The Department of Industry is in charge of all the affairs connected to industry, whether heavy industry such as the manufacturing of engines, machines, vehicles, materials and electrical equipment, or light industry. Similarly, whether the factories are of the public property type or they are included in the private property and have a relationship to the military industry. All types of factories must be established upon the basis of military policy.
Jabatan perindustrian ialah jabatan yang bertanggungjawab ke atas semua urusan yang berkaitan dengan industri, sama ada industri berat seperti pembuatan motor, enjin, kenderaan, bahan, dan peralatan elektrik, atau industri ringan; dan tanpa mengira sama ada kilang-kilang itu milik awam atau persendirian, yang mempunyai hubungan dengan industri ketenteraan. Kilang-kilang dalam semua sektor mesti berdasarkan dasar peperangan. Ini kerana Jihad dan peperangan memerlukan tentera, dan untuk berperang, tentera memerlukan senjata. Agar senjata-senjata ini berada pada tahap yang tertinggi dan tersedia sepenuhnya, perlu wujud industri di dalam Negara, khususnya industri ketenteraan, kerana hubungannya yang kuat dengan Jihad.