Artikel 94
Article 94
Dibenarkan bagi orang yang telah diberi tanggungjawab tertentu, seperti penjaga atau wali, atau tanggungjawab umum seperti Khalifah, pemerintah, penjawat awam, Muhtasib, atau hakim Mahkamah Penyelewengan (Madhalim), untuk melantik seseorang menggantikan kedudukannya sebagai wakil - dalam lingkungan kuasanya - dalam pertikaian dan pembelaan sahaja, dan tidak ada beza sama ada mereka itu pendakwa atau pembela.
It is permitted for the one who has been vested with a specific responsibility, like a custodian or guardian, or general responsibility such as the Khalifah, ruler, civil servant, Muhtasib, or judge of the Court of Injustice Acts (Madhalim), to appoint a person to his position as a proxy - within the bounds of his authority – in disputes and defence alone, and there is no difference whether they were the plaintiff or defendant.
Dalilnya ialah dalil bagi pemberian wakil, kerana sebagaimana sah bagi seseorang untuk mewakilkan orang lain untuk bertindak bagi pihaknya dalam perkara yang berada di bawah kuasanya, seperti jual beli dan pertikaian, begitu juga sah untuk mewakilkan orang lain untuk bertindak bagi pihaknya dalam perkara yang dia sendiri bertindak bagi pihak orang lain. Maka wakil, jika diberi hak untuk mewakilkan dalam perkara yang dia diberi kuasa wakil padanya, boleh mewakilkan seseorang untuk dirinya dalam perkara yang berada di bawah kuasanya hasil daripada diberi kuasa wakil itu. Oleh itu, penjaga boleh mewakilkan orang lain untuk bertindak bagi pihaknya dalam harta orang yang di bawah jagaannya, dan dengan cara yang sama, penjaga Waqf dibenarkan mewakilkan sesiapa sahaja yang dikehendakinya dalam segala urusan yang berada di bawah kuasanya, daripada menyewakan Waqf dan sebagainya. Serupa dengan mereka ialah pemerintah, yang dibenarkan mewakilkan sesiapa sahaja yang dikehendakinya dalam mana-mana perkara yang berada di bawah kuasanya. Kecuali jika pemerintah itu ialah Khalifah, maka dibenarkan baginya untuk mewakilkan sesiapa sahaja yang dikehendakinya kerana dia memiliki kuasa ke atas setiap perkara, dan dia seperti orang yang mewakilkan bagi dirinya sendiri. Adapun selain Khalifah, daripada kalangan wakil-wakilnya seperti pembantu, gabenor dan pengurus jabatan, mereka tidak mempunyai kuasa untuk mewakilkan bagi pihak mereka dalam perkara yang mereka telah diberi kuasa ke atasnya, melainkan jika Khalifah memberi mereka hak untuk berbuat demikian. Ini kerana mereka ialah wakil-wakil Khalifah, maka mereka serupa dengan timbalan-timbalan, dan timbalan tidak berhak mewakilkan tugasnya melainkan dia diberi hak itu. Maka jika perwakilannya memberinya kuasa itu, dia mempunyai hak untuk mewakilkan sama ada dia penuntut atau tertuduh, kerana hak untuk mewakilkan itu bersifat umum dan merangkumi setiap perkara yang dia bertindak di dalamnya. Berdasarkan itu, apa yang dikenali pada hari ini sebagai peguam negara (peguam kerajaan), dan pendakwa raya serta pendakwaan, atau apa sahaja yang serupa dengannya, maka dari sudut kaedah wakil, kerja tersebut adalah sah menurut Syariah, kerana Syariah mengharuskan jenis perwakilan sebegini.