Perkara 73
Article 73
Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri bertanggungjawab ke atas semua urusan yang berkaitan dengan hubungan negara Khilafah dengan negara-negara asing, sama ada dari sudut politik, atau aspek ekonomi, perindustrian, pertanian dan perdagangan, atau hubungan pos, kabel dan tanpa wayar, dan seumpamanya.
The Department of Foreign Affairs is in charge of all the affairs connected to the relations of the Khilafah state with the foreign states, whether from the political angle, or economic, industrial, agricultural and trade aspects, or postal, cable and wireless connections and so on.
Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri bertanggungjawab ke atas semua hal ehwal luar negeri, yang berkaitan dengan hubungan Negara Khilafah dengan negara-negara asing, apa sahaja hal dan hubungan tersebut, sama ada ia berkaitan dengan aspek politik dan apa yang terkandung di dalamnya seperti pembentukan pakatan, perjanjian damai, gencatan senjata, rundingan, pelantikan duta, penghantaran utusan dan wakil, serta penubuhan kedutaan dan konsulat, atau hubungan yang berkaitan dengan perkara ekonomi, pertanian atau perdagangan, serta komunikasi pos atau komunikasi dengan wayar dan tanpa wayar dan sebagainya. Semua perkara ini diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri, kerana ia berkaitan dengan hubungan Negara Khilafah dengan negara-negara lain.