Artikel 105
Article 105
Individu yang mewakili pandangan umat Islam kepada Khalifah ialah Majlis Ummah, dan individu yang mewakili rakyat di wilayah-wilayah ialah Majlis Wilayah. Dibolehkan bagi orang bukan Islam menjadi anggota dalam Majlis Shura demi menyampaikan apa-apa aduan terhadap sebarang penindasan oleh pemerintah atau penyalahgunaan hukum-hukum Islam.
The individuals who represent the Muslims’ views to the Khalifah are the Ummah Council, and the individuals who represent the people in the provinces are the Provincial Councils. It is permitted for non-Muslims to be members in the Shura council for the sake of raising any complaints against any oppression by the rulers or misapplication of the laws of Islam.
Majlis ini adalah sebuah badan yang dibentuk oleh individu-individu yang mewakili pendapat kaum Muslimin secara keseluruhan, yang kepadanya Khalifah boleh merujuk untuk berunding dalam pelbagai isu. Mereka pula adalah wakil Ummah dalam menuntut pertanggungjawaban para pemerintah. Hal ini difahami daripada perundingan Rasulullah ﷺ dengan beberapa orang lelaki dari kalangan Ansar dan golongan Muhajirin yang mewakili kaum mereka. Ia juga diambil daripada penugasan sebahagian sahabat baginda untuk berunding (Shura). Baginda ﷺ biasanya merujuk kepada mereka lebih daripada yang lain untuk meminta pendapat, seperti Abu Bakr (ra), Umar (ra), Hamzah (ra), ‘Ali (ra), Salman Al-Farisi (ra), Hudhayfah (ra)….
This is a Council formed by individuals representing the opinion of the Muslims at large, to which the Khalifah can refer to, in order to consult on various issues. They in turn are the representatives of the Ummah in holding the rulers accountable. This is deduced from the Messenger of Allah (pbuh)’s consultation with some men from the Ansar and the emigrants who represented their people. It is also derived from the Messenger’s assigning some of his companions for consultation (Shura). He used to refer to them more than others for seeking opinion, such as Abu Bakr (ra), Umar (ra), Hamza (ra), ‘Ali (ra), Salman Al- Farisi (ra), Hudhayfah (ra)….
Ia juga difahami daripada fakta bahawa Abu Bakr (ra) melantik beberapa orang daripada kalangan Muhajirin dan Ansar untuk meminta pandangan mereka apabila sesuatu berlaku. Ahli syura pada zaman Abu Bakr (ra) ialah para ulama dan orang yang layak mengeluarkan fatwa. Ibn Sa'ad meriwayatkan daripada Al-Qasim:
It is also deduced from the fact that Abu Bakr (ra) designated some men from the Muhajir and the Ansar for seeking their opinion when something happened. The people of the consultation (Shura) at the time of Abu Bakr (ra) were the scholars and the people capable of giving legal edicts. Ibn Sa’ad reported from Al-Qasim:
. أن أبا بكر الصديق كان إذا نزل به أمر يريد مشاورة أهل الرأي وأهل الفقه « فيه، دعا رجالاً من المهاجرين والأنصار، دعا عمر، وعثمان، وعلياً، وعبد الرحمن بن عوف، ومعاذ بن جبل، وأُبَيّ بن كعب، وزيد بن ثابت، وكل هؤلاء كان ي فُْتي في خلافة أبي بكر، وإنما تصير فتوى الناس إلى هؤلاء، فمضى أبو بكر على ذلك، ثم وَلِيَ عمرُ » فكان يدعو هؤلاء النَّ فَرَ .
. أن أبا بكر الصديق كان إذا نزل به أمر يريد مشاورة أهل الرأي وأهل الفقه « فيه، دعا رجالاً من المهاجرين والأنصار، دعا عمر، وعثمان، وعلياً، وعبد الرحمن بن عوف، ومعاذ بن جبل، وأُبَيّ بن كعب، وزيد بن ثابت، وكل هؤلاء كان ي فُْتي في خلافة أبي بكر، وإنما تصير فتوى الناس إلى هؤلاء، فمضى أبو بكر على ذلك، ثم وَلِيَ عمرُ » فكان يدعو هؤلاء النَّ فَرَ .
"apabila sesuatu berlaku dan Abu Bakar mahu berunding dengan golongan yang berpendapat dan golongan yang ahli fiqh, beliau memanggil dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Umar, 'Uthman, 'Ali, 'Abd Al-Rahman b. 'Awf, Mu'adh b Jabal, 'Ubay b. Ka'b dan Zayd Bin Thabit. Mereka semua biasa memberikan pendapat semasa Khilafah Abu Bakar. Orang ramai juga akan mengambil fatwa mereka. Apabila Umar menjadi Khalifah, beliau juga memanggil orang-orang ini". Terdapat juga dalil-dalil yang menyeru orang Islam untuk menghisab para pemerintah. Umat Islam melaksanakan hisab sedemikian sebagaimana yang berlaku pada zaman Khulafa' Al-Rasyidin. Oleh kerana umat dibenarkan diwakili dalam syura, ia juga dibenarkan diwakili dalam hisab. Semua ini menunjukkan bahawa dibenarkan adanya sebuah majlis khas yang mewakili umat dalam hisab dan dalam syura yang ditetapkan oleh nas al-Quran dan Sunnah. Ia dinamakan Majlis Ummah kerana ia mewakili umat dalam syura dan hisab.
“when something happened and Abu Bakr wanted to consult the people of opinion and the people of jurisprudence, he called from the emigrants and the Ansar. Umar, ‘Uthman, ‘Ali, ‘Abd Al-Rahman b. ‘Awf, Mu’adh b Jabal, ‘Ubay b. Ka‘b and Zayd Bin Thabit. They all used to give their opinion during the Khilafah of Abu Bakr. People would also take their legal edicts (fatwa) from them. When Umar became Khalifah, he also called these people”. There are also evidences that call upon the Muslims to account the rulers. Muslims exercised such accounting as happened at the time of the Righteous Khulafaa’. As the Ummah is allowed to be represented in consultation (Shura), she is also allowed to be represented in accounting. All of this indicates that it is allowed to have a special council that represents the Ummah in accounting and in the consultation that is established by the text of the Quran and Sunnah. It is called the Ummah Council because it represents the Ummah in consultation and accounting.
Dibenarkan bagi warganegara bukan Islam untuk menjadi anggota Majlis, bagi menyampaikan aduan terhadap sebarang ketidakadilan yang dilakukan ke atas mereka oleh para pemerintah, atau terhadap sebarang pelaksanaan Islam yang salah ke atas mereka, atau kekurangan perkhidmatan kepada mereka, atau yang seumpamanya.
It is permitted for non-Muslim citizens to be members of the Council, in order to file complaints against any injustice perpetrated against them by the rulers or against any misimplementation of Islam upon them or the lack of services to them or the like.