Artikel 156
Article 156
Negara hendaklah menjamin nafkah sara hidup bagi sesiapa yang tiada wang, tiada pekerjaan dan tiada kaum kerabat yang bertanggungjawab menanggung nafkahnya. Negara bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal dan menanggung keperluan orang kurang upaya dan orang cacat.
The State has to guarantee the living expenses of the one who has no money, no work and no relatives responsible for his financial maintenance. The State is responsible for housing and maintaining the disabled and handicapped people.
Dalil bagi artikel ini ialah dalil yang disebutkan sebagai dalil dalam artikel 153, iaitu sabda Rasulullah ﷺ:
The evidence for this article is what was mentioned as evidence in article 153, which was the words of the Messenger (pbuh) :
.» مَنْ تَرَكَ مَالاً فَلِوَرَثَتِهِ، وَمَنْ تَرَكَ كَلاًّ فَإِلَيْنَا «.
.» مَنْ تَرَكَ مَالاً فَلِوَرَثَتِهِ، وَمَنْ تَرَكَ كَلاًّ فَإِلَيْنَا «.
“Sesiapa (dalam kalangan orang Islam) yang meninggal dunia dengan meninggalkan harta, maka harta itu akan menjadi milik warisnya; dan jika dia meninggalkan tanggungan (anak yatim), maka kami akan menjaga mereka.” (Muttafaq ʿalaih daripada Abu Hurairah), dan al-kall ialah orang yang lemah, meliputi orang miskin, sesiapa yang tidak mampu, dan orang kurang upaya fizikal. Dan sabda Rasulullah ﷺ:
“If somebody dies (among the Muslims) leaving some property, the property will go to his heirs; and if he leaves dependants (orphans), we will take care of them.” (agreed upon from Abu Hurayrah), and the kall is the weak, and encompasses the poor, anyone incapable and the physically disabled. And the words of the Messenger (pbuh) :
.» وَمَنْ تَرَكَ دَيْناً أَوْ ضَيَاعاً فَلْيَأْتِنِِ فَأَنَا مَوْلاَه «.
.» وَمَنْ تَرَكَ دَيْناً أَوْ ضَيَاعاً فَلْيَأْتِنِِ فَأَنَا مَوْلاَه «.
"dan jika dia meninggalkan hutang yang perlu dibayar atau zuriat yang memerlukan, maka hendaklah mereka datang kepadaku kerana aku adalah wali bagi si mati." (Muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah), merangkumi semua yang ditinggalkan dalam kerugian atau kebinasaan, termasuk orang miskin, yang tidak berupaya, orang kurang upaya anggota badan dan seumpamanya.
“and if he leaves behind some debt to be paid or needy offspring, then they should come to me as I am the guardian of the deceased.” (agreed upon from Abu Hurayrah), encompass everyone left at a loss or in perdition including the poor, incapable, physically disabled and the like.