8.3.7 Kesopanan dan Menundukkan Pandangan
8.3.7 Modesty and Lowering the Gaze
Sebahagian daripada peruntukan untuk memelihara maruah dan kehormatan lelaki dan wanita dalam Islam ialah melalui pengawalan cara mereka memandang antara satu sama lain. Adalah diharamkan bagi lelaki Muslim memandang mana-mana wanita dengan niat syahwat, kecuali isterinya. Hal yang sama berlaku kepada wanita Muslim berkenaan lelaki lain.
Part of the provision of maintaining the dignity and honour of men and women in Islam is in the regulation of the way they are regarded by each other. It is forbidden for the Muslim man to look at any woman with lustful intentions, except for his wife. The same is true for a Muslim woman with regard to other men.
Sebaliknya, penekanannya adalah pada menundukkan pandangan daripada jantina yang berlainan ketika mereka hadir, seperti di jalan-jalan atau di pasar. Allah (SWT) berfirman,..
Rather, the emphasis is on lowering the gaze away from members of the opposite sex at times when they are present, like in the streets or the market place. Allah (swt) says,..
“Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman: hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka.” [TMQ 24:30-31] Jarir ibn ‘Abdullah meriwayatkan, “Aku bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang pandangan yang tiba-tiba (dilemparkan) pada wajah (seseorang yang bukan mahram). Baginda ﷺ memerintahkan aku agar memalingkan pandanganku.” Riwayat Muslim.
“Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty, that will make for greater purity for them, and Allah is well acquainted with all that they do. And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty.” [TMQ 24:30-31] Jarir ibn ‘Abdullah reported, “I asked Allah’s Messenger about the sudden glance (that is cast) on the face (of a non-mahram). He commanded me that I should turn away my eyes.” Muslim.
Ini mencerminkan prinsip bahawa cara lelaki dan wanita Muslim memandang antara satu sama lain adalah sama sekali berbeza daripada cara Barat, di mana wanita dilihat sebagai objek seksual, dan penghormatan terhadap lelaki dan wanita dalam konteks ini hampir tidak wujud. Malah, jika ia wujud sekalipun, kriteria yang menjadi asasnya kebanyakannya berkaitan dengan sifat-sifat fizikal yang bersifat luaran semata-mata. Allah (SWT) berfirman,.
This reflects the principle that the way that Muslim men and women view each other is completely different to the way of the West, where women are seen as sex objects, and respect of both men and women in this context is almost non-existent. Indeed, if it does exist at all, the criteria upon which it is based mainly concerns the superficial physical attributes. Allah (swt) says,.
"Dan orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka mendirikan solat, dan mereka menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu, Allah akan memberi rahmat kepada mereka." [TMQ 9:71].
“And the believers, the men and women, are protecting friends of one another, they bid to honour and forbid dishonour, they perform the prayer, and they pay the alms, and they obey Allah and His Messenger. Upon them Allah will have mercy.” [TMQ 9:71].
Aspek ini dalam Sistem Sosial Negara Islam akan mencegah eksploitasi wanita dalam pornografi, atau penggunaan tubuh mereka sebagai daya tarikan untuk menggalakkan orang ramai membeli produk. Selain itu, dalam media secara keseluruhannya, sama ada di televisyen, majalah, akhbar atau filem, tiada lelaki mahupun wanita akan digambarkan dalam peranan yang mendedahkan aurat mereka, atau terlibat dalam aktiviti yang diharamkan dalam Islam.
This aspect of the Social System of the Islamic State will prevent exploitation of women in pornography, or the use of their bodies as an enticement for people to buy products. Additionally, in the media as a whole, whether on television, magazines, newspapers or films, neither men nor women will be portrayed in roles where they reveal their awrah, or involve in activities that are forbidden in Islam.
Dengan itu, bombardmen seksual daripada media yang dihadapi oleh masyarakat di Barat, serta gambaran yang herot tentang lelaki dan wanita yang dibina dalam minda, tidak akan wujud di Negara Islam.
Thus the sexual bombardment from the media that is faced by people in the West, and the distorted image of men and women that this builds in the mind, will be absent in the Islamic State.