10.3.7 Pelantikan Hakim
10.3.7 The Appointment of Judges
Adalah dibenarkan untuk melantik hakim dan muhtasib secara umum, untuk memutuskan segala perkara di seluruh negara. Adalah juga dibenarkan untuk melantiknya secara khusus, di mana pengkhususan itu boleh berbentuk geografi atau mengikut jenis kehakiman tertentu. Ini selaras dengan perbuatan Rasulullah ﷺ, kerana baginda melantik ‘Ali ibn Abi Talib sebagai hakim ke atas Yaman, dan Mu‘adh ibn Jabal sebagai hakim ke atas sebahagian kawasan di Yaman; baginda juga melantik ‘Amr ibn al-A’as sebagai hakim dalam satu perkara tertentu. Demikianlah setakat mana berkaitan qadi muhtasib dan qadi ‘Aam.
It is permitted to appoint the judges and the muhtasib in a general capacity, to judge on all matters all over the country. It is also permitted to appoint him in a specific capacity, where the specification could either be geographic or according to a certain type of judiciary. This would be in accordance with the actions of the Messenger of Allah (saw), for he appointed ‘Ali ibn Abi Talib as judge over Yemen, and Mu‘adh ibn Jabal as judge over an area of Yemen; he also appointed ‘Amr ibn al-A’as as judge in one specific matter. This is as far as the qadi muhtasib and the qadi ‘Aam are concerned.
Adapun hakim mazalim, dibolehkan untuk melantiknya bagi seluruh negara atau mengkhususkannya kepada kawasan tertentu, kerana Rasulullah ﷺ telah melantik Rashid bin Abdillah sebagai Amir bagi bidang kehakiman dan mazalim di imarah tempat beliau dilantik. Adapun mengkhususkan hakim mazalim kepada perkara-perkara tertentu, maka ia adalah haram, kerana Rasulullah ﷺ tidak melakukan sedemikian, dan kerana tugasnya ialah meneliti aduan-aduan rakyat dan menghapuskan punca-punca kezaliman tersebut, maka pengkhususan tidak dapat dilaksanakan, kerana aduan-aduan tidak boleh dipecah-pecahkan. Selain itu, di samping beliau sebagai hakim yang meneliti perkara mazalim, beliau juga seorang pemerintah dalam menghapuskan punca-punca mazalim, dan kuasa pemerintahan tidak boleh dipecah-pecahkan. Oleh itu, pemerintah tidak boleh dikhususkan dalam pemerintahan, iaitu beliau tidak boleh dikhususkan untuk memerintah dalam perkara-perkara tertentu dan dihalang daripada memerintah dalam perkara-perkara lain; beliau hanya boleh dikhususkan kepada sesuatu kawasan.
As for the judge of madhaalim, it is permitted to appoint him for the whole country or to confine him to a specific area, for the Messenger of Allah (saw) appointed Rashid ibn Abdillah as Amir of the judiciary and the madhaalim over the imara where he was appointed. As for the confining of the judge of madhaalim to certain matters, this is forbidden, for the Messenger of Allah (saw) did not do so, and because his duty would be to look into the complaints of the people and remove their causes, thus specialisation would not be feasible, for the complaints cannot be partitioned. Also, in addition to him being a judge looking into the madhaalim, he is also a ruler in removing the causes of the madhaalim, and the rule cannot be partitioned. Thus the ruler does not specialise in the rule, i.e. he cannot be confined to ruling over certain matters and be restricted from ruling over other matters, he can only be confined to an area.
Apabila seorang pemerintah dilantik dan dia memperoleh kuasa-kuasa yang diwajibkan serta kuasa untuk meneliti semua perkara, maka adalah haram untuk menyekat dan mengkategorikan tugas-tugas pemerintahannya. Perkara yang sama terpakai ke atas hakim mazalim - pelantikannya akan bersifat umum sejauh mana berkaitan dengan kehakiman. Namun, dia boleh dikhususkan kepada kawasan tertentu sebagaimana wali dikhususkan kepada sesuatu wilayah tertentu. Ini bukanlah pembahagian kuasa pemerintahannya, tetapi pengkhususan wilayahnya, dan di mana sahaja dan apa jua jenis wilayah itu, kuasa pemerintahan ke atas wilayah tersebut tidak boleh dibahagi-bahagikan. Hakim mazalim dilantik dengan cara yang sama ke atas wilayah mazalim, dan wilayah ini adalah umum, oleh itu adalah salah untuk membahagi-bahagikan bidang wilayahnya. Ini menjadi bukti bahawa dia tidak boleh dilantik kecuali dengan pelantikan yang bersifat umum sejauh mana berkaitan kehakiman mazalim.
When a ruler is appointed and he acquires the mandatory powers and the authority to look into all matters, it is forbidden to restrict and categorise his duties of rule. The same applies to the judge of madhaalim - his appointment would be general as far as the judiciary is concerned. He can, however, be confined to a specific area just as for the confinement of the wali to a special wilayah. This would not be a partition of his rule but a specification of the wilayah, and no matter where and what type of wilayah it is, the rule of that wilayah cannot be partitioned. The judge of madhaalim would be appointed similarly over the wilayah of madhaalim, and this wilayah is general, therefore it would be wrong to partition the domain of his wilayah. This serves as evidence that he should not be appointed except with a general appointment as far as the judiciary of madhaalim is concerned.