25.8 Dasar Berdikari
25.8 Policy of Self-Sufficiency
Dasar berdikari ekonomi bermaksud sesebuah negara berusaha untuk berdikari dan membentuk satu unit ekonomi tertutup yang mampu bertahan dengan sendirinya. Negara sedemikian tidak akan mengimport mahupun mengeksport sebarang komoditi. Matlamatnya dalam hal ini melangkaui teori protektionisme, berbeza daripada teori ekonomi negara, dan bercanggah dengan teori perdagangan bebas.
The policy of self-sufficiency means that a country aims towards being self-sufficient and to form a closed economic unit that could survive on its own. This country would not import nor export any commodities. Her aim would, in this instance, go beyond the protectionist theory, differ from the theory of national economy and contradict the free trade theory.
Teori berdikari yang dilaksanakan antara dua perang dunia telah ditonjolkan dalam dua bentuk: berdikari pengasingan diri (isolasionis) dan berdikari pengembangan (ekspansionis). Jerman Nazi merupakan contoh sebuah negara yang menerima pakai dasar berdikari; bagi Jerman, ia adalah langkah yang dicetuskan oleh dasar dalam negeri dan luar negerinya, yang tidak lagi selari dengan peraturan perdagangan antarabangsa.
The theory of self-sufficiency which has been implemented between the last two world wars has been highlighted in two forms: Isolationist self-sufficiency and expansionist self-sufficiency. Nazi Germany represented a model of a country which adopted a self-sufficiency policy; it was, for her, a measure triggered by Germany’s home and foreign policies, which no longer fitted with the rules of international trade.
Walaupun dasar berdikari (self-sufficiency) pada hakikatnya merangkumi sebilangan besar langkah yang mempunyai matlamat politik, para penyokong dasar tersebut berpendapat bahawa dasar itu merupakan asas ekonomi yang asasi, yang dirumuskan dalam hakikat bahawa sebuah negara yang memiliki bahan mentah, bahan kimia, mesin dan tenaga manusia, seharusnya mampu terus hidup. Perkara utama ialah organisasi. Adapun modal adalah perkara kedua. Kerajaanlah yang memilih untuk dirinya sendiri suatu program politik, yang kepadanya pengurusan ekonomi dan kewangan dipatuhkan. Agar dasar berdikari dapat mencapai matlamatnya, iaitu menjadikan ekonomi tempatan mampu berdikari, kerajaan hendaklah bersedia untuk menguruskan tanpa banyak keperluannya; kerana dasar berdikari akan menjadikan sesebuah negara tidak mampu memenuhi semua keperluannya. Yang penting bagi dasar ini ialah mampu memenuhi keperluan asas individu, bangsa dan Negara dengan bergantung sepenuhnya kepada ekonomi tempatan, dengan cara yang akan membawanya ke arah aliran menaik. Oleh itu, Negara yang melaksanakan dasar berdikari dalam perdagangan luar wajib menganeksasi negara-negara yang diperlukannya untuk memperoleh bahan mentah, pasaran, tenaga manusia, dan pakar dan sebagainya. Penganeksasian ini boleh berbentuk penggabungan secara langsung, atau melalui perjanjian perdagangan. Adapun penghapusan sempadan ekonomi, ini bermakna penganeksasian negara, iaitu penghapusan sempadan politik, kerana mustahil untuk menghapuskan sempadan ekonomi tanpa menghapuskan sempadan politik. Jika Negara tidak dapat menganeksasi negara-negara yang diperlukannya untuk memperoleh bahan yang tiada padanya, dia hendaklah dalam hal ini bertahan tanpa memenuhi sebahagian keperluannya, sambil berusaha mengelakkan kekurangan keperluan asas, kerana dalam keadaan sedemikian dia tidak akan mampu bertahan, sedangkan ketiadaan keperluan bukan asas masih boleh ditanggung.
Although the policy of self-sufficiency represented in fact a host of measures which had political aims, the champions of such policy deem that it represents a fundamental economic basis, which is summarised in the fact that a country who possesses raw materials, chemicals, machines and manpower, should be able to survive. The point at hand would be organisation. As for capital, this is secondary. It is the government which chooses for itself a political program, to which they submit the economic and financial management. In order for the policy of self-sufficiency to achieve its aim, which would be to render the local economy able to be self-sufficient, the government should be prepared to manage without many of it’s needs; because the policy of self-sufficiency would make a country unable to fulfil all her needs. What is important for this policy is to be able to fulfil the basic needs of the individual, the nation and the State while relying exclusively on the local economy, in a manner that would set her in an upward trend. Therefore, the State which operates a policy of self-sufficiency in foreign trade would be obliged to annexe the countries she would need in order to acquire raw materials, markets, manpower, and experts etc. This annexation would either take the form of a direct merger, or that of commercial treaties. As for the abolition of economic frontiers, this would mean annexing the country i.e. abolishing the political borders, for it would be impossible to abolish economic borders without the abolishment of the political borders. If the State could not annexe the countries that she needs in order to acquire the materials she lacks, she should in this case persevere without fulfilling some of her needs, while aiming to avoid a shortage of basic necessities, for in such a case she would not be able to persevere, whereas lacking non basic necessities could be afforded.
Ini ialah ringkasan tentang dasar-dasar berdikari, iaitu dasar pengasingan dan dasar pengembangan. Dasar pengasingan ialah apabila keperluan asas tersedia. Manakala dasar pengembangan, dalam skop tertentu, dicapai melalui penaklukan atau perjanjian bagi menyediakan semua keperluan, sama ada keperluan asas mahupun kemewahan. Jika seseorang meneliti dasar berdikari dengan lebih mendalam, dia akan menyedari bahawa ia tidak sampai ke tahap menjadi penyelesaian perdagangan atau ekonomi. Ia hanyalah langkah pencegahan sementara yang diambil oleh Negara terhadap kemungkinan sekatan ekonomi atau perdagangan asing. Oleh itu, ia bukanlah penyelesaian bagi hubungan luar negeri, tetapi langkah reaktif yang boleh diambil oleh sesebuah negara jika ia dikenakan sekatan ekonomi atau perdagangan asing. Maka, ia termasuk dalam gaya dan cara, bukan dalam hukum. Oleh itu, adalah salah untuk bertanya apakah hukum Syariah mengenai dasar ini. Juga adalah salah untuk mengatakan bahawa ia bercanggah dengan atau berbeza daripada Islam, kerana ia hanyalah satu gaya yang mungkin diterima pakai. Oleh itu, dasar ini boleh diambil sebagai satu gaya sekiranya ia mempunyai realiti praktikal, iaitu jika sesebuah negara berada dalam kepungan dan mungkin bergantung sepenuhnya kepada ekonomi dalam negeri untuk memenuhi keperluan asasnya. Dasar ini tidak akan diterima pakai jika ia tidak mempunyai realiti dan mustahil untuk tidak berdikari dalam keperluan asas Negara, Ummah dan individu.
This is a summary of the isolationist and expansionist self-sufficiency policies. The isolationist is where the basic needs are available; whereas the expansionist policy, within a specific scope, is achieved by annexation or treaties in order to provide all the necessities, be they basic or luxuries. If one were to look closer at the policy of self-sufficiency, one would realise that it does not rise to the level of being a commercial or economic solution. It is merely a temporary preventive measure which the State would undertake against a potential foreign economic or commercial siege. Therefore, it is not a remedy for foreign relations, but a reactive measure that a country may undertake if she were subjected to a foreign economic or commercial embargo. Therefore it would form part of the styles and means and not the rules. It would therefore be wrong to ask what the Shari’ah rule is concerning this policy. It would also be wrong to say that it contradicts or differs from Islam, for it is merely a style that might be adopted. Therefore, this policy could be taken as a style if it were to have a practical reality i.e. if a country were under siege and it were possible to rely solely on the home economy to meet it’s basic needs. This policy would not be adopted if it had no reality and it was impossible to be self-inefficient regarding the basic needs of the State, the Ummah and the individuals.
Dasar ini merupakan sebahagian daripada pengurusan urusan yang dijalankan oleh Khalifah, dan yang mana Shar‘a telah mengharuskannya untuk memilih, dalam apa jua gaya yang dilihatnya sesuai dan demi kepentingan kaum Muslimin.
This policy is part of the management of affairs undertaken by the Khalifah and which Shar’a has allowed Him to opt for, in whichever style He deems appropriate and in the interest of the Muslims.