7.2 Syarat-syarat Wakil yang Diberi Kuasa
7.2 The conditions of the Delegated Assistant
Pembantu yang diwakilkan hendaklah memenuhi syarat-syarat yang disyaratkan bagi Khalifah, iaitu lelaki, merdeka, beragama Islam, baligh, berakal, adil, dan cekap dalam perkara yang diamanahkan kepadanya berhubung tugas-tugas yang diwakilkan kepadanya.
The delegated assistant should meet the conditions required in the Khaleefah i.e. to be male, free, Muslim, mature, sane, just and cometent in what is assigned to Him in terms of duties delegated to him.
Bukti bagi syarat-syarat ini sama dengan bukti bagi syarat-syarat khalifah. Oleh itu, pembantu hendaklah lelaki, kerana Rasulullah ﷺ telah bersabda:
Evidences of these conditions are the same as those of the conditions of the Khaleefah post. Therefore, the assistant should be male, for the Messenger of Allah (pbuh) said:
“Orang yang menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita tidak akan berjaya selama-lamanya.” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abi Bakrah] Dia juga mestilah merdeka, kerana hamba tidak mempunyai kuasa ke atas urusannya sendiri, maka dia tidak boleh mentadbir urusan orang lain. Dia juga hendaklah baligh, kerana Rasulullah ﷺ bersabda:
“People who appoint a woman to run their affairs shall never succeed.” [Narrated by al-Bukhari on the authority of Abi Bakra] He must also be free, for the slave does not have authority over his own affairs, thus He cannot run other people’s affairs. He should also be mature, for the Messenger of Allah (pbuh) said:
"Tiga golongan manusia dibebaskan daripada hisab, iaitu orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia mencapai umur baligh, dan orang gila sehingga dia sembuh." [Diriwayatkan oleh Abu Dawud] Dia juga hendaklah berakal waras, kerana dalam hadis yang sama, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Three types of people are exempted from accountability, the one who sleeps until He wakes up, a child until He reaches the age of puberty and the insane until He is cured.” [Narrated by Abu Dawood] He also should be sane, for in the same Hadith, the Messenger of Allah (pbuh) said:
"...dan orang gila sehingga dia sembuh." Dalam riwayat lain disebut "...tentang orang yang akalnya dikuasai sehingga dia kembali waras." Mu'awin juga hendaklah adil, kerana Allah (SWT) telah menjadikannya sebagai syarat dalam kesaksian. Dia (SWT) berfirman:
“...and the insane until He is cured.” In another narration the Hadith states “...about the one whose mind is overpowered until He regains his mind.” Mu’awin should also be just for Allah (swt) has made it a condition in testimony. He (swt) says:
"Hendaklah dua orang adil dari kalangan kamu menjadi saksi." [TMQ Al-Baqarah: 282]
“Let two just people from amongst you bear witness.” [TMQ Al-Baqarah: 282]
Oleh itu, lebih wajar disyaratkan keadilan pada pembantu Khalifah. Mu'awin (pembantu) juga hendaklah daripada kalangan orang yang cekap dalam tugas-tugas pemerintahan, supaya dapat membantu Khalifah memikul tugas-tugas Khilafah serta tanggungjawab dan kuasa pemerintahan.
Therefore, there is more reason to require justice in the assistant of the Khaleefah. The Mu’awin should also be from the competent people in the duties of ruling, in order to be able to assist the Khaleefah in shouldering the tasks of the Khilafah and the responsibility of ruling and authority.