13 Majlis Ummah (Shura dan Akauntabiliti)
13 The Ummah’s council (shura and Accounting)
Majlis al-Ummah (Majlis Ummah, Syura dan Akauntabiliti)
Majlis al-Ummah (The Council of the Ummah, Shura and accounting)
Majlis ini ialah sebuah badan yang dibentuk oleh individu-individu yang mewakili pandangan kaum Muslimin secara keseluruhan, yang kepadanya Khalifah boleh merujuk untuk berunding dengan mereka mengenai pelbagai isu. Mereka pula ialah wakil-wakil Ummah dalam menuntut pertanggungjawaban para pemerintah. Ini difahami daripada perundingan Rasulullah ﷺ dengan beberapa orang lelaki daripada golongan Ansar dan Muhajirin yang mewakili kaum mereka. Ia juga diambil daripada Rasulullah ﷺ yang melantik beberapa orang Sahabat baginda untuk bermesyuarat, dan baginda biasa merujuk kepada mereka lebih daripada yang lain untuk meminta pandangan, seperti Abu Bakar, ‘Umar, Hamzah, ‘Ali, Salman Al-Farisi, Huzaifah.
This is a Council formed by individuals representing the opinion of the Muslims at large, to which the Khalifah can refer to in regards to consulting them on various issues. They in turn are the representatives of the Ummah in holding the rulers accountable. This is deduced from the Messenger of Allah's (PBUH) consultation with some men from the Ansar and the Muhajireen who represent their people. It is also derived from the Messenger's (PBUH) assigning some of his Sahabah for shura, he used to refer to them more than to others for seeking an opinion, such as Abu Bakr, ‘Umar, Hamza, Ali, Salman Al-Farsi, Hudhayfah, .
Ia juga dapat disimpulkan daripada fakta bahawa Abu Bakr (ra) melantik beberapa orang daripada kalangan Muhajirin dan Ansar untuk dirujuk apabila sesuatu berlaku, bagi meminta pandangan mereka. Golongan ahli syura pada zaman Abu Bakr (ra) ialah para ulama dan orang-orang yang berfatwa. Ibn Saad meriwayatkan daripada Al-Qasim bahawa apabila sesuatu berlaku dan Abu Bakr mahu bermesyuarat dengan orang-orang yang berpendapat dan orang-orang yang faqih, beliau memanggil daripada kalangan Muhajirin dan Ansar: ‘Umar, ‘Uthman, Ali, ‘Abdur Rahman b. ‘Awf, Mu‘adh b. Jabal, Ubai bin Ka‘b dan Zayd b. Thabit. Mereka semua biasa memberikan pandangan pada zaman Khilafah Abu Bakr. Orang ramai juga mengambil fatwa daripada mereka. Apabila ‘Umar menjadi Khalifah, beliau turut memanggil mereka ini. Terdapat juga dalil-dalil yang menyeru kaum Muslimin supaya menghisab pemerintah. Kaum Muslimin melaksanakan hisab sedemikian sebagaimana yang berlaku pada zaman Khulafa' Rashidun. Oleh kerana umat dibenarkan diwakili dalam syura, maka umat juga dibenarkan diwakili dalam hisab. Semua ini menunjukkan bahawa dibolehkan adanya sebuah majlis khas yang mewakili umat dalam hisab dan dalam syura, yang ditubuhkan berdasarkan nas al-Quran dan Sunnah. Ia dinamakan ‘Majlis Umat’ kerana ia mewakili umat dalam syura dan hisab.
It is also deduced from the fact that Abu Bakr (ra) designated some men from the Muhajireen and the Ansar to refer to them seeking their opinion when something happened. The people of the Shura at the time of Abu Bakr (ra) were the Ulama and the people of Fatwa. Ibn Saad reported from Al-Qasim that when something happened and Abu Bakr wanted to consult the people of opinion and the people of Fiqh, he called from the Muhajireen and the Ansar. ‘Umar, ‘Uthman, Ali, Abdur Rahman b. Awf, Muadh b. Jabal, Ubai bin Kaab and Zayd b. Thabit. They all used to give their opinion during the Khilafah of Abu Bakr. People would also take their Fatwa. When ‘Umar became Khalifah he would also call these people. There are also evidences that call upon the Muslims to account the rulers. Muslims exercised such accounting as happened at the time of Khulafaa' Rashidun. As the Ummah is allowed to be represented in shura she is allowed to be represented in accounting. All of this indicates that it is allowed to have a special council that represents the Ummah in accounting and in the shura which is established by the text of the Quran and Sunnah. It is called the ‘Council of the Ummah’ because it represents the Ummah in shura and accounting. .
Dibolehkan bagi warganegara bukan Islam menjadi anggota Majlis, supaya mereka dapat mengemukakan aduan terhadap sebarang kezaliman yang dilakukan ke atas mereka oleh para pemerintah, atau terhadap sebarang salah laksana Islam ke atas mereka, atau kekurangan perkhidmatan kepada mereka, atau yang seumpamanya.
It is permitted for non-Muslim citizens to be members of the Council, in order to file complaints against any injustice perpetrated against them by the rulers or against any mis-implementation of Islam upon them or the lack of services to them or the like.