Struktur Sesebuah Parti : Halaman 37 - 51
Structuring of a Party : Page 37 - 51
12. Pada peringkat ini, perlu sentiasa disedari bahawa masyarakat secara keseluruhannya ialah sekolah utama bagi Hizb. Pada masa yang sama, bagaimanapun, kita mesti mengingati perbezaan antara sekolah dan Hizb dari segi halaqah-halaqah pembinaan (pendidikan) mereka.
12. At this stage, it must always be realised that the society in its entirety is the main school of the Hizb. At the same time, however, we must keep in mind the differences between the school and the Hizb with respect to its culturing circles.
Menyedari bahawa seluruh masyarakat ialah sekolah bagi Hizb berpunca daripada sifat tugas Hizb pada peringkat ini, iaitu membangkitkan ’Aqa’id (kepercayaan) yang benar dan melahirkan konsep-konsep yang betul. Tugas ini hanya dapat dicapai melalui satu proses pendidikan, di mana ideologi Hizb menjadi guru, iaitu sumber yang daripadanya idea-idea diambil, dan budaya Hizb menjadi pelajaran yang diajarkan. Ideologi dan budaya Hizb akan terzahir pada mereka yang ideologinya benar-benar dihayati sepenuhnya. Individu-individu inilah yang akan menjadi pengajar langsung dalam masyarakat. Jawatankuasa-jawatankuasa tempatan beserta halaqah-halaqah mereka akan berfungsi sebagai bilik darjah masyarakat, dan seluruh masyarakat itulah sekolahnya. Proses pengajaran ini menuntut agar anggota Hizb, dan mereka yang menerima konsepnya, mesti menjalankan pengajian yang mendalam, supaya memperoleh kefahaman yang betul, serta sentiasa mempelajari budaya Hizb pada setiap masa. Selain itu, mereka diwajibkan menghafal perlembagaan, peraturan-peraturan penting, dan prinsip-prinsip umum yang diterima pakai oleh Hizb. Ini memerlukan satu proses pembelajaran yang serupa dengan yang berlaku di sekolah, dan adalah wajib bagi setiap orang yang menyertai Hizb untuk mematuhi proses ini, termasuk orang yang sudah berpendidikan, serta orang yang tidak berpendidikan tetapi berpotensi untuk dididik. Tidak menjadi kira apa tahap pendidikan seseorang, sama ada peringkat universiti atau sekolah rendah. Sebarang kelonggaran dalam proses pembudayaan terhadap mana-mana individu akan menyebabkan individu tersebut berada di luar Hizb, walaupun dia telah menyertainya, dan ini mungkin memudaratkan struktur Hizb.