12 Kesimpulan
12 Conclusion
Ringkasnya, pertembungan antara tamadun adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Ia wujud pada masa lampau, wujud sekarang, dan akan kekal sehingga pertembungan itu berakhir tidak lama sebelum Kiamat, kerana ia tidak akan berlaku melainkan ke atas makhluk yang paling buruk. Wahai kaum Muslimin, jangan kamu tertipu oleh para penyeru kepada dialog yang menyembunyikan kepala mereka dalam pasir dan membenarkan kehinaan serta kekalahan. Lakukanlah persiapan yang diperlukan untuk menghadapi pertembungan ini, kerana tamadun Barat Kapitalis telah menjatuhkan kamu dari segi ketenteraan, politik dan ekonomi; namun mereka tidak sekali-kali akan dapat mengalahkan kamu dari segi intelek. ‘Aqidah kamu sukar untuk dikalahkan; ia kekal hidup dalam jiwa, cuma sebahagian konsep tamadun kamu yang lahir daripada ‘aqidah kamu telah dicemari dan dilekati debu. Maka bekerjalah untuk membersihkannya dan mengibas debu itu dengan kembali kepada Al-Kitab dan Sunnah. Berhati-hatilah untuk menerima sesuatu pendapat tanpa dalil, atau menerima pendapat yang berdalil daripada seorang yang bukan mujtahid atau daripada orang yang meriwayatkan daripadanya. Inilah zaman para pemimpin yang jahil, yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Maka berwaspadalah terhadap mereka, carilah ulama yang ikhlas lagi aktif, dan ambillah agama kamu daripada mereka, kerana merekalah pelita dalam kegelapan, dan mereka pada hari ini amatlah sedikit. Ketahuilah bahawa kemenangan dan kejayaan muktamad adalah untuk Islam dan kaum Muslimin. Inilah yang Allah dan Rasul-Nya janjikan kepada kita dalam riwayat-riwayat yang pasti (akhbar qat'iyyah), maka yakinlah dengan janji baik Allah. Usahakanlah untuk melantik Khalifah kamu dan tegakkanlah jama‘ah kamu di bawah seorang lelaki dari kalangan kamu, supaya dia membuat persiapan, menyatukan Ummah, menggerunkan musuh, melindungi wilayah, mengadili rakyat dengan adil, membahagikan dengan saksama, dan dengan tangannya Allah menjadikan agama ini mengatasi semua agama lain, walaupun kaum musyrikin benci kepadanya.