6.5 Unit Pengajaran
6.5 Teaching units
Setiap mata pelajaran kurikulum sekolah dibahagikan kepada unit pengajaran, dengan setiap unit meliputi bahagian tertentu daripada mata pelajaran yang boleh dipelajari sebagai satu unit dalam tempoh maksimum lapan puluh tiga (83) hari, iaitu dalam satu kursus. Pakar menyelia setiap mata pelajaran pengajian bagi tujuan menggariskan dan menentukan (bahagian) mata pelajaran yang akan dipelajari dalam setiap penggal dan setiap peringkat persekolahan. Begitu juga, mereka menyelia pembahagian mata pelajaran kepada unit-unit yang sepadan dengan kebolehan dan umur pelajar. Unit-unit mata pelajaran beransur secara berturutan sehingga keseluruhan mata pelajaran itu dilitupi dalam ketiga-tiga peringkat persekolahan, sama ada urutan ini daripada yang mudah kepada yang lebih rumit seperti dalam Matematik dan sains empirikal, atau daripada yang menyeluruh kepada perincian dan cabang-cabangnya seperti dalam mata pelajaran Sirah Nabawiyyah dan Sejarah Islam. Dalam mata pelajaran saintifik seperti Matematik, unit-unit ini bermula dengan sistem pengiraan dan aritmetik ringkas seperti penambahan dan penolakan, kemudian beralih kepada pendaraban dan pembahagian; kemudian pecahan dan fungsinya, diikuti oleh aljabar dan persamaan. Kemudian, pada peringkat lanjutan, pelajar mempelajari prinsip persamaan pembezaan dan Kalkulus Kamiran, Matematik Lanjutan dan seterusnya sehingga keseluruhan kurikulum Matematik yang diterima pakai dilitupi dalam peringkat persekolahan.
Each school curriculum subject is divided into teaching units, with each unit covering a defined portion of the subject capable of study as one unit within a maximum period of eighty-three (83) days i.e. in one course. Experts supervise each study subject in order to draw and define (the portion of) the subject to be studied in each term and each school stage. Likewise, they supervise dividing the subject into units corresponding to student ability and age. Subject units graduate sequentially until the entire subject is covered in the three school stages whether this sequence is from the easier to the more complicated as in Mathematics and Empirical sciences, or from comprehensive to details and branches like as in the subjects of the Prophetic Seerah and Islamic History. In scientific subjects like Mathematics, these units commence with the system of counting and simple arithmetic like addition and subtraction, then graduating to multiplication and division; then fractions and their functions, followed by algebra and equations. Then, in advanced stages, the student studies the principles of differential equations and Integral Calculus, Higher Mathematics and so on until the entire adopted Mathematics curriculum is covered in the school stages.
Ini memerlukan perancang kurikulum untuk unit pengajaran tertentu bagi memastikan subjek itu sesuai dengan umur pelajar, dan membahagikan subjek yang dirancang untuk dipelajari dalam semua peringkat kepada maksimum 36 unit, dengan setiap unit dalam sebuah buku yang memuatkan nombor kursus tempat ia akan dipelajari. Bilangan unit pengajaran boleh kurang daripada 36 bagi subjek yang diajar pada penggal kemudian, contohnya fizik. Sebagai contoh, kimia dalam cabang sains terdiri daripada 12 unit; pelajar boleh memulakan unit pertama pada penggal ke-25 dan meneruskannya sehingga penggal ke-36 cabang sains peringkat sekolah, manakala subjek pengetahuan am yang terdiri daripada 12 unit boleh bermula pada penggal ke-13 dan tamat pada penggal ke-24.
This requires the curriculum designer for specific teaching units to ensure that the subject conforms to student age, and to divide the subject intended for study in all stages into a maximum of 36 units, each unit in a book bearing the number of the course it will be studied in. The number of teaching units could be less than 36 for the subjects taught in later term e.g. physics. For instance, chemistry in the scientific branch is composed of 12 units; the students may commence the first unit in the 25th term and move onwards until the 36th term of the scientific branch of the school stage, whereas the general knowledge subject which is composed of 12 units, can commence in the 13th term and end in the 24th term.
Buku ini memuatkan nombor unit serta nombor kursus yang perlu dipelajari. Maka, dalam penggal ke-25, sebagai contoh, pelajar mempelajari unit Matematik 25/25, unit Qawa'id (Kaedah-kaedah) 13/25, unit Pengetahuan Am 12/25, unit Balaghah (Kefasihan Bahasa) 6/25 dan seterusnya.
The book bears the unit number as well as the course number to be studied in. So in the 25th term, for instance, the student studies Mathematics unit 25/25, Principles (qawa’id) unit 13/25, General Knowledge 12/25, Eloquence (Balagha) unit 6/25 etc.